Bolehkah anda mengenal pasti pautan palsu atau permintaan maklumat yang mencurigakan? Cuba uji pengetahuan anda melalui Kuiz Keselamatan Siber Lestari Digital.
Setiap sesi mengandungi 10 soalan rawak dengan tempoh 10 minit. Keputusan dipaparkan selepas kuiz selesai supaya anda boleh menilai kefahaman sendiri.
Soalan merangkumi perkara yang dekat dengan kehidupan digital harian, antaranya:
- Kata laluan dan pengesahan dua faktor.
- Pautan palsu, penipuan dalam talian dan perisian berbahaya.
- Privasi, keselamatan Wi-Fi dan peranti.
- Perlindungan data dan salinan sandaran.
Jika mahu mengulang kaji dahulu, buka Nota Ringkas pada halaman kuiz. Baca panduan yang disediakan, kemudian cuba jawab soalan.
Tak mengapa jika ada jawapan yang tersilap. Jadikan kuiz ini peluang untuk belajar dan membina tabiat digital yang lebih selamat.





